apa khabar you all?? Harap- harap sihat sume ek... This is my first time with my blog.
Ari nie lela nk kongsi tentang topik cinta ngn sume. Apa mkna cinta bagi you all..
Setiap orang tentu punya makna cinta yang berbezakan. Pada lela cinta adalah satu perasaan yang indah jika kita tahu menghargainya. Setiap orang perlu bercinta untuk hidup bahagia di dunia dan juga akhirat. Tapi tunggu dulu cinta yang lela maksudkan ini bukannya cinta kepada pasangan atau pakwe ke atau makwe you all. Apa yang lela maksudkan adalah cinta kepada pencipta kita iaitu Allah s.w.t. Kita wajib cinta dan sayang kepadaNya.
Lela percaya sangat cinta kepada pencipta kita sungguh indah dan mengasyikkan berbanding kita cinta dan sayang pada pakwe atau makwe kita...So macam mana you all setuju tak dengan pendapat lela nie.
Kita juga memang boleh bercinta dengan manusia seperti mak,ayah dan keluarga kita. Lela tak kata yang perkara tu tak boleh tapi bagi lela mencintai seseorang selain yang lela sebutkan tadi sememangnya sukar dan kadang-kadang melalaikan. Cuba you all tengok apa yang dah berlaku sekarang nie dengan remaja-remaja kita disebabkan cinta mereka lalai kepada hukum Allah s.w.t sehingga sanggup buat benda-benda terkutuk. Sepatutnya kita perlu cintakan pencipta kita lebih dari segala-galanya tapi zaman sekarang nie tak ada pun yang macam tu dunia dah terbalik katakan, cintakan manusia lebih dari segala-galanya.....
Ada sampai yang sanggup berkorban demi cinta...sanggup tinggal mak dan ayah demi kasih dan cinta macamlah cinta dia tu agung sangat...kalau you all nak tau nak dapat cinta sejati dan suci murni dari kaum adam sekarang nie bukannya senang. Kadang-kadang diaorang hanya manis di bibir je lepas tu hampeh..habuk pun tak ada. Lela tak kata yang sume kaum adam macam tu tapi mereka sume tu still ada. so sebagai kaum hawa kenalah hati- hati dalam mencari cinta yang belum pasti tu. Kan lebih senang kalau kita cinta dekat maha pencipta kita je tak payah nak serabut kepala. Bukan ke itu yang patut kita lakukan sebagai hambaNya. Ingatlah wahai teman cinta kepada seorang adam tidak seindah yamg disangka...ia umpama sebuah kota kristal yang indah di penglihatan tapi derita di perasaan..
Sesungguhnya cinta kepada Allah adalah cinta yang kekal abadi......
menarik artikel nie..=)
ReplyDelete