Ari nie lela nak cerita pasal lawatan lela ke sekolah Princess Elizabeth kelmarin iaitu pada hari Rabu. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah berasrama penuh bagi kanak2 yang cacat penglihatan. Semua penghuni di sekolah ini datang dari seluruh pelusuk negeri. Apa yang lela ingin katakan di sini adalah walaupun diaorg cacat penglihatan tapi mereka diberi keistimewaan yang begitu istimewa dari Allah s.w.t. Apa yang paling membanggakan lela sewaktu lela dan rakan2 berkunjung kesana adalah...kami semua di hiburkan oleh kanak2 tersebut dengan pelbagai persembahan yang menarik. Lela begitu bangga dengan seorang budak laki walaupun dia cacat kedua2 belah mata tp itu tidak menghalang semangat dia untuk menjadi seorang tahfiz al-Quran. Lela kagum dengam bacaan al-Quran yang dibacanya dengan penuh taranumnya. Ya Allah begitu agung sekali anugerah Allah kepada kanak2 yang istimewa ini. Lela akui sedangkan Lela yang sempurna ini tidak boleh menghafaz atau membaca al-Quran sebegitu lancar dan penuh taranum seperti mereka. Sepanjang berada di sana jelas terpancar kegembiraan di wajah mereka saat kami semua bermain2 dgn mereka, menyanyi dan pelbagai aktiviti lagi yang sememangnya mampu membuatkan mereka bergelak ketawa dengan kitaorang. Tersentuh juga hati lela apabila melihat mereka sume mampu menerima takdir yang telah tertulis bagi mereka. Mereka tidak menagis di atas nasib yang menimpa mereka malah mereka terima dengan hati yang redha. Mereka redha terpaksa berpisah dengan ibu bapa dan keluarga mereka semata-mata untuk menuntut ilmu. Lela sempat bercakap dengan seorang penghuni disana dimana dia baru saja di hantar oleh ibu bapanya ke sekolah tersebut. Amira namanya.Dia baru je masuk darjah 1. Apabila lela lihat wajah amira lela teringat adik lela kt rumah.Dia pun sebaya dengan amira tapi adik lela still sentiasa berada di samping ma dan abah lela. Tp amira walaupn umrnya baru 7 tahun tp dia sudah perlu berpisah dengan ibu bapanya. Lela tanya dia rindu tak dekat ma dan ayah? Dia cakap rindu. Dia cakap kt lela lagi best tinggal kt sekolah tu.Kwn2 sumenya baik.Walaupn cacat penglihatan tp amira mampu berdikari.Apa yang lela nampak sewaktu berkunjung disana, kanak2 istimewa nie sangat manja dan diaorang mahukan perhatian sehinggakan ada yang dah xnk pisah dah dengan abg2 n kakak yg turut join lawatn nie. Tp apa pn mmg best dapt bersama2 ngn mereka..dpt selami hati mereka dan hiburkan mereka dengan pelbagai aktiviti. lela juga berpeluang tengok diaorg guna mesin brail. mmg lela kagum sgt2. Dan apa yang paling penting skali mereka nie mmg cacat penglihatan tp pendengaran dan hati mereka amat cerah.
" ingatlah wahai teman bersyukurlah kepada Allah kerana memberi kita cukup kesempurnaan tanpa ada cacat
cela dari segi fizikalnya dan hargailah serta sayangilah juga insan-insan yang kurang sempurna fizikalnya
kerana mereka sememangnya adalah istimewa"
0 comments on "Anugerah Ilahi"
Post a Comment